Pages

Follow Me

Selasa, Oktober 19, 2010

Astro kenang P.Ramlee..Dimanakn ku cari ganti..

Oleh ABD. AZIZ ITARaziz.itar@utusan.com.myGambar JEFFRI IRAN

KARYA-karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terutamanya filem-filem lakonan beliau masih terus mendapat sambutan para peminat apabila ia ditayangkan di saluran-saluran televisyen (TV) termasuklah di stesen berbayar Astro.

Astro bukan sahaja banyak mengaut keuntungan daripada segi iklan dan jumlah penontonan daripada tayangan filem-filem lakonan Allahyarham yang tidak pernah jemu-jemu untuk disaksikan berulang-ulang kali.

Malah, stesen penyiaran swasta itu pada masa sama juga tidak lupa menyumbang sesuatu atas karya-karya P. Ramlee termasuklah menyumbang dana bagi mengembangkan lagi idea dan pembangunan di sebalik karya-karya tersebut.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Astro melalui radio X FM yang terletak di bawahnya telah menganjurkan projek khas, Di Mana Kan Kucari Ganti?: Satu Indiepretasi bagi tujuan itu.

Menurutnya, melalui projek itu seramai 18 artis tempatan termasuk solo dan berkumpulan telah merakamkan 18 lagu di mana sebahagian daripada hasil jualan muat turun lagu itu disumbangkan kepada tabung P. Ramlee.

"Lagu itu akan dirakamkan dalam bentuk digital dan ia akan dijual kepada orang ramai. Sebahagian daripada lagu jualan itu akan disumbangkan kepada tabung untuk Pustaka Peringatan P. Ramlee di Kuala Lumpur.

"Selain itu, Astro juga akan menjual kemeja-T edisi terhad P. Ramlee dan hasil jualannya juga akan disumbangkan kepada tabung itu. Ia boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan atau apa-apa juga berkaitan P. Ramlee," katanya.

Khairul Anwar yang ditemui pada majlis pelancaran program Di mana Kan Kucari Ganti? itu berkata, sepanjang program itu juga sebanyak 56 filem lakonan P. Ramlee akan ditayangkan di stesen-stesen TV Astro.

Tambahnya, melalui Di Mana Kan Kucari Ganti?: Satu Indiepretasi itu antara artis yang tampil merakamkan lagu P. Ramlee dalam versi baru ialah Hujan dengan lagu (Tunggu Sekejap) dan Kugiran D' Tepi Pantai (Masam-Masam Manis).

Tidak ketinggalan juga artis seperti Meet Uncle Hussain (Ya Habibi Ali Baba), Yuna (Gelora Jiwa), Subculture (Bunyi Gitar), One Buck Short (Pop Pop Bujang Lapok), Pesawat (Ai Ai Twist), Bittersweet (Getaran Jiwa) dan Altimet (Maafkan Kami).

Di samping tayangan filem-filem dan lagu-lagu Allahyarham di stesen-stesen radio serta TV, Astro juga kata Khairul Anwar akan merakamkan Konsert Penghargaan P. Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti? pada 24 Oktober ini.

"Konsert itu akan diadakan di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur pada 24 Oktober ini pukul 8.30 malam dan diadakan secara percuma. Ia akan disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104), History HD (575) dan P. Ramlee HD (188).

"Tarikh siarannya ialah pada 29 Oktober ini di tiga saluran tersebut pukul 9.30 malam hingga 11.30 malam. Sementara siarannya untuk saluran History (555) pula ialah pada 30 Oktober ini pukul 7 malam hingga 9 malam," ujarnya.

Antara artis yang akan menjayakan konsert itu ialah Datuk Sharifah Aini, M. Nasir, Hujan, Ning Baizura, Shahir AF8, Yuna, Altimet, Imran Ajmain, Meet Uncle Hussain, Aizat, Vince, Jaclyn Victor dan Ella dengan iringan Orkestra DBKL.

Sementara itu, saluran History (555) juga akan menyiarkan sebuah dokumentari khas berjudulP. Ramlee tentang sejarah hidup, pencapaian dan cerita-cerita di sebalik tabir ketokohan bakat seniman agung terbabit.

layan.. shahir n artis2 hebat lain berpadu suara dalam klip video ni......

DIMANAKN KU CARI GANTI..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...