Pages

Follow Me

Rabu, Jun 20, 2012

MaherZain Live in Malaysia

Assalamualaikum awak, yes awak lah yang sedang baca ni.. sihat?? hehe

Baca blog sayakan, ingat tak saya bgtau pasal Konsert MaherZain tu??..haa, ni yang saya nak cerita kat awak ni.

Lepas je habis hi-tea kat ampang, saya dan kawan-kawan terus ke stadium merdeka untuk konsert tu lah..sangat excited sebab 1st time ni..alhamdulillah jalan kat bukit bintang tak jem,so cepat lah kami sampai. Sampai je, orang punyalah ramai..masing-masing mencari parking. Pusing punya pusing dapat gak kami cari parking..member saya yg bawak kereta tau.

*bukak tingkap* 
" Berapa ringgit ? " ...
...." lima belas ringgit " (muka selambe)
" Mahalnya " ( kerut dahi )
...." luar dua puluh ringgit "
    
Saya tak tau lah parking kat situ memang harganya mcm tu atau sebab ada konsert. Parking RM15 for Konsert MaherZain . Sanggup!! =)



sebelum konsert 

Sepanjang konsert saya sangatlah ngantuk..tapi tetap bertahan ni nak tgk maher zain. Opening, Irfan Makhi start..antara tajuk lagu dia yang saya ingat Mabruk dan banyak lagi lah yang saya tak tau tajuknya tp lagu mcm pernah dengar. Never mine, layan je lah lagu-lagu dia.

Lepas tu, baru lah.....eh bukan maher zain, tp Raef pulak menyanyi..antara lagu yg dia bawak macam I'm Yours, With You.. tp lirik dia tukar to more ketuhanan la. Bagi sy, dia ad talent coz suara dia memang sedap, hensem pun ye jugak. hehe

Dan, yang ni barulah giliran Maher Zain perform.. wow, baru start muzik dah terasa aura, MZ keluar nyanyi lagu Tuntunku kepada Mu dari album terbaru dia..apa lagi memang meriah lah stadium, semua orang tepuk tangan, dgn yg menjerit, yang bersorak lagi. Dasyat !! Semua lagu dari album "Forgive Me" MZ nyanyi.. the best part is bila MZ main piano, surprise katanya. Ada jugak la lagu-lagu lama yg MZ nyanyi mcm Rest of my life, Insyallah, Kiakaro & Barakallah. Yang penting saya rse sangat enjoy & pertuah dapat tgk live..great performance by MZ.

Nak citer la sikit pasal musician dia..wow, very awesome..sangat terpukau bila dengar, dengan biola, gendang, gitar semuanya best. dah, tak tau nak cakap apa dah..memang best. Malas nak cerita banyak la kan, kita tunggu siarannya nnt kat tv okay, tp tak tau lah bila. Tunggu je !!



Selepas konsert

p/s : ada rezeki, masa dan peluang, insyallah next time nak pergi lagi. =) 



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...